Hot FM

390 saman di Terengganu sempena Op Tahun Baharu Cina, kata JPJ



Antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah penggunaan cermin gelap, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada Lesen Memandu Kompeten dan tiada Lesen Vokasional, menurut JPJ. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 390 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina bermula Selasa lepas (25 Jan) hingga 10 malam tadi.

Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata, ia adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 2,301 kenderaan sepanjang tempoh enam hari tersebut.

Beliau berkata, antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah penggunaan cermin gelap iaitu 87 kes, lesen kenderaan motor tamat tempoh (98 kes), tiada Lesen Memandu Kompeten (90 kes) dan tiada Lesen Vokasional (33 kes).

“Pada malam ini, kita adakan sekatan jalan raya di tiga lokasi iaitu di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, Kemaman dan Besut. Setakat pukul 10 malam, kita telah keluarkan 117 saman dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version