Usul untuk mengosongkan empat kerusi disandang Dr Afif Bahardin, Zulkifli Ibrahim, Khaliq Mehtab Ishaq dan Zolkifly Lazim akan dibentangkan pada sidang DUN.

GEORGE TOWN: DUN Pulau Pinang dijangka menyingkirkan empat Adun Bersatu apabila usul untuk mengosongkan kerusi mereka diluluskan.
Empat Adun itu – Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Ishaq (Bertam); dan Zolkifly Lazim (Teluk Bahang) – menang atas tiket Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 pada Mei 2018.
Afif dan Zulkifli meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu, manakala Khaliq dan Zolkifly ahli Bersatu dari mula.
Semuanya dianggap “kehilangan” kerusi selepas Bersatu meninggalkan PH – berikutan Langkah Sheraton pada Februari 2020 – berdasarkan peruntukan anti-lompat yang terkandung dalam Perkara 14A perlembagaan negeri.
Mengikut peraturan majlis mesyuarat DUN,…