Hot FM

4 anak Daim beri keterangan kepada SPRM 6 April


Asnida Abdul Daim, Wira Dani, Amir and Amin
Sebelum ini, SPRM mengeluarkan notis bagi mengesan (dari kiri) Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin. (Gambar SPRM)
PETALING JAYA:

Empat anak bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dijangka hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 April ini.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, peguam mewakili mereka telah memberi jaminan semua individu terbabit akan hadir.

“SPRM mengambil maklum jaminan itu dan mengharapkan komitmen ini dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak terlibat.

“Sekiranya mana-mana individu gagal hadir seperti dijanjikan, tindakan lanjut akan dipertimbangkan selaras peruntukan undang-undang,” katanya, menurut Berita Harian.

Empat individu berkenaan ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan mengeluarkan notis bagi mengesan keempat-empat mereka selepas gagal memberi maklum balas terhadap dua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version