
SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan menyelamatkan empat beradik berusia tujuh bulan hingga tujuh tahun yang ditemui terbiar di sebuah rumah dekat sini sejak tiga hari lalu.
Pengarah JKM negeri, Rosnah Sardi, berkata pihaknya menerima aduan penduduk perumahan itu berhubung tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan ditinggalkan ibu mereka, manakala bapa mereka difahamkan berada dalam lokap polis.
Beliau berkata, hasil semakan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mendapati ibu bapa kanak-kanak itu merupakan warga Rohingya.
“JKM Seremban menerima aduan kira-kira 9.45 malam 4 Dis lalu. Keadaan empat beradik ini, iaitu tujuh tahun, lima tahun, dua tahun dan tujuh bulan, tidak terurus semasa diadukan kepada JKM.
“Saya difahamkan penduduk di kawasan tersebut…