
PETALING JAYA: Empat beranak termasuk seorang bayi terkorban apabila motosikal dinaiki dilanggar treler membawa muatan pasir, dalam nahas di Kampung Semanggar, Kota Tinggi, Johor, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa maut ialah penunggang motosikal, Mohamad Suti Yahaya, 39, dan isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27.
Dua anak pasangan itu, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 4, dan juga Nurfatihah Jannah berusia 7 bulan, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Menurut Sinar Harian, kesemua mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan pulang ke rumah mereka yang terletak di Kampung Mawai, Kota Tinggi.
Menurut ibu Siti Jamaliah, Rosni sintingan, 53, dia mendapat maklumat kejadian itu kira-kira 3 petang selepas anak buahnya terlihat gambar kemalangan yang menimpa anak cucunya itu di Facebook, sebelum ada orang lain…