
BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket pemerdagangan manusia membabitkan penyeludupan warga Myanmar selepas menahan dua lelaki dan dua wanita dalam siri serbuan di sekitar Butterworth di sini, dua hari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Rahimi Ra’ais berkata, pihaknya menjalankan Op Pintas sebelum menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang wanita warga Myanmar yang dipercayai dalang utama sindiket tersebut dalam siri serbuan berkenaan.
Katanya, operasi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.
“Polis menahan empat…