Hot FM

4 disyaki pukul, culik, ugut 3 remaja diberkas


Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh, semua suspek direman empat hari hingga Khamis dan pihaknya masih mengesan suspek yang masih bebas.

PETALING JAYA: Tiga remaja lelaki berusia 14 tahun mendakwa dilarikan oleh sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai sebelum dipukul dan dirakam gambar bogel, kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, berkata polis menerima aduan daripada mangsa berhubung kejadian itu pada 6.45 pagi semalam.

Katanya, mereka didatangi sekumpulan 10 lelaki termasuk seorang yang dikenali mangsa, sebelum dilarikan dengan tiga kereta ke lokasi yang tidak dapat dipastikan, kira-kira 8 malam.

“Seterusnya, suspek didakwa memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkan gambar itu sekiranya kejadian berkenaan terbongkar.

“Sekumpulan suspek itu kemudiannya melarikan diri bersama barangan peribadi milik mangsa, dengan meninggalkan remaja terbabit di lokasi sama,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version