Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

4 ditahan marah polis depan IPD Kulai

today20 February 2025

Background


Tan Seng Lee
Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee berkata semua suspek ditahan dan direman selama satu hingga tiga hari bagi membantu siasatan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis menahan empat lelaki kerana disyaki terbabit dalam satu video tular memarahi seorang anggota polis di hadapan IPD Kulai pada Selasa.

Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee berkata, pihaknya menahan semua lelaki itu selepas menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari yang sama.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai berjaya menahan empat suspek berusia antara 17 hingga 23 tahun pada hari sama. Beberapa peranti turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.

Tan berkata, tiga suspek direman selama tiga hari manakala seorang lagi direman sehari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan masih…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post