
PETALING JAYA: Beg galas berisi barang kemas RM1.2 juta disamun empat lelaki bersenjata kapak dalam kejadian di sebuah parkir kenderaan premis perniagaan.
Suspek turut menggunakan objek berbentuk pistol dalam kejadian pada 7.40 malam, Sabtu lalu.
Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar, berkata suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta selepas menyerbu lelaki menggalas beg berisi barang kemas milik syarikatnya, ketika bersama bapa dan ibu saudaranya.
“Siasatan lanjut mendapati terdapat empat suspek yang bertutup muka terlibat dalam kejadian ini.
“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek menunggu dalam kereta sehingga pengadu tiba di lokasi kejadian,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan, namun trauma susulan kejadian.
Shahrulnizam berkata, tiada sebarang tangkapan…