Site icon Hot FM

4 ‘mangsa’ runtuhan lari bukan tertimbus, kata polis


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata empat pekerja yang melarikan diri itu sudah ditahan petang tadi di sekitar kawasan Bayan Lepas dan kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat lagi pekerja asing yang disyaki terperangkap dalam runtuhan gudang di Batu Maung ditamatkan pada 6.30 petang tadi selepas semua mangsa sebenarnya masih hidup dan melarikan diri selepas kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata semua mereka dikesan melarikan diri berkemungkinan kerana ketakutan disebabkan tiada permit.

Menurutnya, semua mereka sudah ditahan kira-kira 4 petang tadi di sekitar kawasan Bayan Lepas dan kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

“Kami sudah jalankan SAR sejak 10.30 malam semalam hingga 6.30 petang ini menggunakan lima elemen iaitu Juru Analisa Tempat Kejadian, Unit Anjing Pengesan, mengorek keseluruhan runtuhan, dron selain…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version