Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

4 mati di konsert Pinkfish: Karyawan gesa garis panduan lebih ketat

today4 January 2025

Background


Karyawan menggesa penonton konsert supaya berhati-hati jika ditawarkan bahan yang mencurigakan, kerana ia mungkin dadah sintetik atau ‘formula baharu’ yang sedang diuji. (Gambar Envanto Elements)

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa agar garis panduan lebih ketat diwujudkan berhubung konsert berikutan kematian empat individu pada acara sambutan ambang tahun baharu Pinkfish di Sunway Lagoon.

Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata, susulan tragedi serupa pada sebuah konsert muzik tarian elektronik (EDM) pada 2014, acara sedemikian hanya dibenarkan diadakan di tempat tertutup.

“Namun, tragedi sebegitu berulang. Saya tidak pasti tentang perubahan peraturan yang kini membenarkan konsert EDM di tempat terbuka, yang jelas lebih sukar untuk diuruskan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 2014, enam orang maut pada Future Music Festival di Stadium Nasional Bukit Jalil, dikaitkan dengan penggunaan dadah sintetik.

Polis semalam berkata, empat individu yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post