Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

4 negeri umum bantuan raya untuk penjawat awam

today3 April 2024

Background


Menteri besar Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, dan Kelantan mengumumkan bantuan kewangan khas untuk penjawat awam kerajaan negeri masing-masing sempena Aidilfitri.

KUALA LUMPUR: Beberapa lagi negeri mengikuti langkah kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam masing-masing.

Di Kelantan, Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud mengumumkan pemberian RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Bantuan itu akan diberikan sebelum Selasa depan, melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan RM5.3 juta.

“Selain itu bayaran penghargaan ini akan turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru Al-Quran dan guru jahitan sebanyak RM250,” katanya pada sidang media.

Di Kedah, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media mengumumkan pemberian RM500 kepada 5,221 penjawat awam yang akan dibayar pada Isnin, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2.61 juta.

Selain itu 2,335 pengerusi dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Pemain TFC kian serasi – Tommy

Kuala Terengganu: Keserasian semakin terserlah menyaksikan skuad Terengganu FC (TFC) membelasah PDRM FC, 6-1 pada aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

today3 April 2024