Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“4 Orang Tu Anak Ke?” – Netizen Terkejut Tengok Adira & Cahaya Mata Di TikTok

today4 January 2023

Background

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat

Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi video sedang berjoget bersama kesemua cahaya matanya.

“Hello 2023,” tulisnya ringkas.

Di ruangan komen, terdapat netizen yang terkejut kerana melihat Adira yang sudah mempunyai empat cahaya mata.

“Empat orang tu anak Adira ke?” komen seorang warganet.

Meninjau di ruangan komen, warganet berpendapat hubungan dia dan suami, Datuk Red semakin baik dan ada juga yang terhibur melihat gelagat anak-anaknya itu.

“Beb bila mu beranak? Bestnya anak ramai.

“Gaduh-gaduh pun dah empat, itu tanda bahagia.

“Hebat betul skill flip Adira time nak angkat baby, kalau akak confirm berpeluh dah tangan,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 2.1 juta tontonan, dan menerima lebih 86,000 tanda suka.

Written by: Salma