
Empat daripada enam pelajar MRSM di Johor yang terlibat dengan kes buli sudah disingkirkan, menurut Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki.
Sementara itu, dua lagi pelajar yang terlibat digantung sekolah sehingga pengesahan diperoleh daripada pihak polis yang sedang menyiasat sama ada mereka melakukan sentuhan fizikal terhadap mangsa.
Asyraf Wajdi berkata, hukuman itu diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM yang bersidang hari ini.
“Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli.
“Namun, amaran berulang kali diberikan. #YouTouchYouGo,” katanya, menerusi hantaran di Facebook.
Asyraf Wajdi juga berkata, pelajar-pelajar junior yang didakwa membawa barang terlarang turut…