Hot FM

4 pelajar suspek kes buli ditahan di IPD Kuala Kangsar



Kesemua lapan pelajar termasuk seorang mangsa telah dikenal pasti dan mereka dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.

PETALING JAYA: Empat pelajar yang juga suspek kes buli rakan setingkatan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, ditahan polis, kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata, keempat-empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, antara pukul 6 hingga 7 petang.

“Empat pelajar telah ditahan petang tadi untuk siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Kosmo.

Terdahulu Mior Farid memberitahu, kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau berkata, kesemua lapan pelajar terbabit, termasuk seorang mangsa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version