
PETALING JAYA: Empat penguat kuasa antara 11 individu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
Tiga penguat kuasa lelaki direman lima hari hingga 25 Ogos manakala seorang lagi penguat kuasa lelaki direman tiga hari hingga 23 Ogos.
Empat pemilik syarikat membabitkan dua lelaki serta seorang wanita pula direman lima hari, dan seorang pemilik syarikat wanita direman empat hari hingga 24 Ogos.
Turut direman lima hari adalah dua orang awam iaitu seorang lelaki dan wanita dipercayai bertindak menjadi wakil ejen sindiket terbabit, selain seorang pengurus syarikat lelaki direman empat hari.

Semalam, media melaporkan individu terbabit ditahan…