

Sebanyak empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan paras air sungai melebihi tahap amaran setakat 8.15 malam ini.
Berdasarkan data di portal PublicInfo Banjir, stesen terbabit ialah Sungai Bakul di Kampung Budiman, Petaling; Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang, dan Tugu Keris, Klang; serta Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang.
Menurut portal itu, tahap amaran menunjukkan paras air sungai menghampiri aras banjir dan penduduk di kawasan terlibat disaran bersiap sedia untuk berpindah jika perlu.
Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi situasi banjir di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam, selain memaklumkan siren amaran banjir dibunyikan petang tadi.
Seorang pengguna Threads, @azleee77, memaklumkan siren amaran pertama dibunyikan pada 5.45 petang sebelum bertukar kepada siren bahaya pada 6.40…