

Empat termasuk bayi perempuan maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) arah Kelantan ke Gerik, Perak.
Menurut Kosmo, mangsa maut turut melibatkan dua lelaki dan seorang wanita.
Ketua Bomba Gerik Mohd Rais Mahmud, berkata pihaknya ke lokasi kejadian susulan maklumat pada 12.56 tengah hari tadi.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dengan dua kereta.
“Empat mangsa menaiki kereta Perodua Axia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera,” katanya menurut laporan itu.
Semua mayat sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dengan mangsa cedera dirujuk ke hospital untuk rawatan.