

Tiga Undang luak Negeri Sembilan dan bekas Undang Luak Sungai Ujong Mubarak Dohak yang mempertikaikan pemecatannya memfailkan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut keputusan mesyuarat khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) bertarikh 17 April lalu digantung.
Menurut Sinar Harian, saman berkenaan difailkan menerusi Tetuan Deidra Sharona & Co, di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.
Saman itu difailkan Mubarak, Undang Jelebu Maarof Mat Rashad; Undang Johol Muhammad Abdullah; Undang Rembau Abdul Rahim Yasin dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri serta Datuk Shahbandar Sungai Ujong Badarudin Abdul Khalid.
Mereka menamakan Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin sebagai defenden pertama dan DKU serta kerajaan Negeri Sembilan masing-masing sebagai defenden kedua dan ketiga.
Dalam saman itu, plaintif memohon deklarasi bahawa mereka berhak mendapatkan…