
PETALING JAYA: Malaysia memantau rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Kementerian Luar Negeri memaklumkan pihaknya melalui Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia di negara itu.
“Setakat ini, semua 37 pelajar Malaysia dan lima rakyat Malaysia lain yang berdaftar di negara itu dilaporkan selamat,” menurutnya dalam kenyataan.
Kementerian Luar Negeri menyatakan pihaknya akan terus memantau dengan rapat keadaan dan memberikan maklumat terkini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia di rantau itu juga digalakkan untuk mendaftar melalui E-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi menerima maklumat terkini dan bantuan jika diperlukan.
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang…