
PETALING JAYA: Lebih 150 penduduk hilang tempat tinggal selepas 44 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod malam tadi.
Sebahagian besar penghuni tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga disebabkan api marak dengan cepat serta kedudukan rumah yang rapat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau berkata, sepasukan 13 anggota bersama dua jentera dan utiliti bergegas ke lokasi terletak 174km dari BBP Kinabatangan selepas menerima panggilan pada 7.24 malam.
“Anggaran jumlah kebakaran rumah membabitkan 44 rumah jenis tidak kekal dan separuh kekal. Sebuah kenderaan turut terbakar sepenuhnya,” katanya menurut Harian Metro.
Menurutnya, api berjaya dikawal 2.30 pagi tadi dan…