Hot FM

44 sekolah baharu atasi isu padat, kata menteri


Fadhlina Sidek-
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mengambil perhatian penuh isu sekolah padat dan memberi jaminan tindakan bersesuaian akan diambil segera.

NIBONG TEBAL: Kerajaan komited membina sekolah baharu dalam usaha memenuhi keperluan dan menangani isu sekolah padat, terutamanya di kawasan bandar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata menerusi Belanjawan 2025, kerajaan meluluskan pembinaan 44 sekolah, paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.

“Saya kongsikan pembinaan sekolah yang diluluskan dalam belanjawan mengikut tahun bagi empat tahun terakhir, iaitu 2025 sebanyak 44 buah, 2024 (26) dan masing-masing sembilan buah bagi 2023 dan 2022.

“Jika dilihat data itu, dua tahun terakhir kerajaan berusaha meningkatkan pembinaan sekolah baharu bagi memenuhi keperluan dan menangani isu sekolah padat, terutamanya di kawasan bandar serta pelbagai lagi usaha dijalankan Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version