
KUANTAN: Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata statistik itu menunjukkan penurunan berbanding 61 kes aduan jenayah komersial dalam kalangan pendidik yang diterima bagi tempoh sama tahun lepas melibatkan kerugian RM1.45 juta.
Beliau berkata, kes penipuan itu antaranya membabitkan pelaburan, pembelian barang tidak wujud, dan macau scam dengan sindiket turut menyasarkan mereka yang bersara.
“Secara keseluruhan, 1,228 kes penipuan melibatkan nilai kerugian RM59 juta dalam pelbagai sektor pekerjaan direkodkan hingga Julai lepas,” katanya selepas merasmikan Seminar Cakna Anti-Scam, Kenapa Terus Jadi Mangsa Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku…