
SEPANG: Program Keusahawanan Wanita [email protected] yang dilancarkan sejak 1 Sept tahun lalu sudah berjaya dimanfaatkan oleh seramai 46,426 usahawan wanita di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun berkata, jumlah itu amat memberangsangkan, terutama selepas peralihan negara daripada fasa pandemik ke endemik Covid-19.
Menurut Rina, inisiatif itu juga telah memberi kesan kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek terutamanya kewangan dan penjanaan pendapatan.
“Inisiatif Wanita [email protected] terbahagi kepada dua kaedah iaitu sektor formal dan tidak formal.
“Bagi sektor formal, kementerian telah bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TalentCorp Malaysia dan beberapa organisasi…