
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Dewan Rakyat sebanyak 465 kematian tahanan direkodkan di depot imigresen dari 2021 hingga 2025,
Beliau berkata jumlah itu daripada 349,856 kemasukan terkumpul ke depot imigresen dalam tempoh sama, menjadikan kadar kematian 0.13%.
Menurutny, 393 kes atau 84.5% membabitkan tahanan lelaki, manakala 60 kes melibatkan tahanan perempuan.
Bagi kanak-kanak, 12 kematian direkodkan, iaitu lapan kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.
“Jumlah kematian tertinggi direkodkan bagi warganegara Filipina iaitu 222 kes, diikuti Indonesia sebanyak 109 kes dan Myanmar sebanyak 61 kes,” katanya jawapan lisan di Dewan Rakyat.
Selebihnya, 73 kes membabitkan tahanan dari beberapa negara lain, termasuk Bangladesh, India, Thailand,…