
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 49 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, 12 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,474.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 12 kes, diikuti Perak (lapan), Sabah (tujuh), Kelantan (lima), Johor dan Sarawak (masing-masing empat), Kedah dan Negeri Sembilan (masing-masing dua) serta Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 63,740 kes aktif dilaporkan, termasuk 500 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 258 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 6,803 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di…