Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

5 disyaki tipu dana pelaburan awam RM104 juta direman

today15 January 2025

Background


Perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

PETALING JAYA: Lima individu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit penipuan melibatkan dana pelaburan awam dianggarkan RM104 juta.

Sumber berkata, suspek termasuk empat ahli lembaga pengarah syarikat berusia lingkungan 50-an hingga 60-an ditahan sekitar 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

“SPRM telah menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan kegiatan berunsur jenayah dilakukan oleh sebuah syarikat pemegang amanah berlesen bawah Kementerian Kewangan dan Bank Negara.

“Syarikat tersebut didapati menggunakan dana dikumpul daripada pelabur untuk kepentingan peribadi individu yang bersekongkol dalam kegiatan jenayah ini,” katanya.

Sumber berkata, sejumlah RM104 juta dikesan diselewengkan daripada syarikat tersebut ke beberapa syarikat persendirian dimiliki oleh proksi.

Perintah reman selama…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post