Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

5 Fakta Menarik Tentang Mendiang Stan Lee

today13 November 2018

Background

Stan Lee, seorang penulis, pengarang dan penerbit yang menghidupkan watak Spiderman, Iron Man, Hulk dan pelbagai lagi adiwira Marvel telah meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Tidak dinafikan, karakter-karakter Marvel yang dicipta oleh Stan Lee sememangnya cepat disukai oleh kanak-kanak malahan golongan dewasa pun turut terhibur dan meminati filem adiwira tersebut.

Kepada anda yang meminati filem adiwira, ini adalah 5 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang lagenda Stan Lee!

1. Stan Lee pernah mendedahkan sepanjang kehidupan dewasanya, dia tidak pernah mengunjungi kedai gunting rambut kerana isterinya, Joanie akan memotong dan mendandan rapi rambutnya.

2. Kalau anda nak tahu, watak Hulk sepatutnya berwarna kelabu, tetapi menurut Stan Lee, pencetak mempunyai kesukaran untuk menjaga warna yang konsisten. Oleh itu, dia menjadi warna hijau!

3. Selain itu, Stan Lee juga gemar membaca buku oleh Mark Twain, Sir Arthur Conan Doyle, Jules Verne, HG Wells dan lain-lain ketika kanak-kanak dan beliau percaya keyakinan dirinya diperolehi dari ibunya yang mendidik beliau sehingga berjaya.

4. Captain America adalah tulisan pertama beliau. Untuk pengetahuan, seminggu ketika tugasannya di Timely Comics, Stan Lee mendapat peluang untuk menulis komik Captain America sebanyak dua muka surat di bawah nama pena Stan Lee dan bertajuk “Captain America Foils the Revenge’s Revenge.” Skrip penuh komik tersebut telah terhasil dalam Captain America Issue 5,  yang diterbitkan pada 1 Ogos 1941.

5. Salah satu cameo kegemarannya adalah daripada filem Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer (2007)  yang terhasil daripada salah sebuah komik tulisannya.

Kepergian Stan Lee sememangnya amat dirasai oleh semua para peminat komik, khususnya fanatik dunia adiwira yang terkejut dan bersedih dengan berita kematiannya.

Terima kasih Stan Lee kerana telah menghiburkan dan menjadi inspirasi buat kita semua! Semoga rohnya tenang di sana.

Written by: Jay


Previous post

Hang Omar Timor

Tersalah tekan

Korang pernah tak main game, lepas tu orang kacau? Lepas tu tersalah tekan pulak! Perghh, sakitnya tuh di sini. Jom layan komik digital Hang Omar Timor kalau korang pun pernah experience benda yang sama.

today8 November 2018