
PUTRAJAYA: Selepas perjalanan selama lima hari yang memenatkan, sekumpulan veteran tentera yang berjalan kaki dari Simpang Pulai, Perak, akhirnya tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum yang menggesa agar perlindungan kebajikan bagi veteran ditambah baik.
Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Syed Fazmi Sayid Mohammad yang berkata, Ismail tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain.
“Saya akan sampaikan memorandum ini kepada perdana menteri,” kata Syed Fazmi, sambil menambah, beliau berbangga dengan veteran yang telah berjalan kaki jauh dari Perak.
Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) Mior Rosli Mior Jaafar bagaimanapun kecewa kerana perdana menteri sendiri tidak dapat menerima memorandum itu.
“Jika kerajaan…