Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

5 individu sedia tampil bantu siasatan kes sijil vaksinasi palsu, kata KP Terengganu

today12 January 2022

Background



Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan polis setakat ini berjalan lancar, namun kerjasama daripada orang awam terutama mereka yang memperoleh sijil tersebut tanpa suntikan sangat diperlukan. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Beberapa individu yang mempunyai maklumat mengenai penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu di Terengganu, bersedia tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa, berkata siasatan polis setakat ini berjalan lancar, namun kerjasama daripada orang awam terutama mereka yang memperoleh sijil tersebut tanpa suntikan sangat diperlukan.

“Buat masa ini, terdapat lima saksi awam bersetuju untuk menjadi saksi. Mereka mengaku tidak divaksin tapi telah mendapat kad vaksin untuk suntikan dos pertama.

“Pihak polis juga akan meneruskan siasatan… barang kes seperti komputer riba dan telefon bimbit akan dihantar ke forensik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA