
PETALING JAYA: Lima kampung di daerah Membakut, Sabah dilanda banjir petang tadi, maka jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dijangka bertambah.
Bernama yang memetik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah melaporkan mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut, selepas daerah itu dilanda banjir pada 3 petang tadi.
Urusetia memaklumkan jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS setakat 8 malam tadi seramai 721 orang daripada 212 keluarga.
Secara keseluruhan, seramai 430 orang (137 keluarga) sedang berlindung di tiga PPS di daerah Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS di daerah Kinabatangan, dan 13 orang (empat keluarga) di daerah Tambunan.
Sementara itu di Sarawak, jumlah mangsa yang berlindung di PPS menunjukkan pengurangan, daripada 3,454 orang kepada…