Hot FM

5 lagi termasuk 1 pegawai TUDM ditahan berkait kes seludup dadah


Hussein Omar Khan
Pengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan suspek ditahan setakat ini seramai 18 orang termasuk lapan yang sudah dituduh di mahkamah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Seorang lagi pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan empat orang awam ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket penyeludupan dadah rentas sempadan menggunakan aset ketenteraan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan setakat ini seramai 18 orang.

Beliau berkata, tangkapan itu hasil risikan berterusan dan soal siasat terhadap 13 suspek yang ditahan sebelum ini dalam usaha mengenal pasti dalang utama di sebalik kegiatan sindiket berkenaan.

“Pegawai TUDM berusia 29 tahun yang bertugas di TUDM Tawau, Sabah itu ditahan di pekarangan pejabat Cawangan Penyiasatan Jenayah Zon Tengah, Pangkalan Udara Subang,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version