
SEPANG: Lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Laos telah berjaya diselamat dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lewat petang tadi.
Empat daripada lima mangsa tiba di KLIA jam 7.50 malam, menaiki pesawat Thai Smile dari Vientiane ke Bangkok dan kemudian terus ke KLIA, manakala seorang lagi mangsa dijangka tiba jam 12 tengah malam ini.
Kepulangan mereka disambut Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Musa Hassan dan Setiausaha Agong Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim.
Seorang mangsa berkata, mereka berada di Laos sejak Mac lalu dan dipaksa menjadi ‘scammer’ oleh kumpulan sindiket yang didalangi warga China dan hanya menerima sekali sahaja gaji berjumlah CNY7,000 sepanjang lapan bulan…