
PETALING JAYA: Lima termasuk dua kanak-kanak lelaki 11 tahun maut selepas kenderaan dinaiki dua kenderaan terbabit dalam nahas jalan raya di Batu 13 Jalan Mersing-Kluang, dekat Kluang, petang tadi.
Kejadian jam 4.40 petang itu membabitkan sebuah Perodua Myvi yang dinaiki lapan individu termasuk tiga kanak-kanak dan sebuah Honda Stream.
Menurut Berita Harian, kejadian turut mengakibatkan enam yang lain cedera tiga dari Perodua Myvi serta semua yang menaiki Honda Stream.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Mohd Shamsul Amri Mohd Shahab berkata, semua lima yang maut itu menaiki Perodua Myvi.
Mangsa yang maut adalah Masrina Kahdar, 21; Muhammad Zharfah Noramin, 16; Muhammad Syakir Noramin, 11; Mohammad Ashraf Radiq Abdullah, 11 dan Muhammad Adil Abdul Kadir,…