
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan lima laporan polis diterima berkait insiden di mana satu pempamer dalam acara di pusat beli belah Kuala Lumpur menayangkan video Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.
Beliau berkata, lima laporan itu difailkan wakil PKR dan Umno di Lembah Pantai, malam tadi, di Balai Polis Semantan.
“Setakat saya tahu, sekurang-kurangnya lima laporan telah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas hadir satu majlis di Bangsar South, Kuala Lumpur.
Katanya, laporan itu difailkan supaya siasatan polis dibuat mengikut Akta Lambang dan Nama 1950 dan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
“Ini kita serahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan sekiranya pihak polis mendapati apa-apa perkara melibatkan undang-undang, kita pohon…