Hot FM

5 repot libat insiden ke-3 Jalur Gemilang tak lengkap, kata Fahmi


fahmi fadzil
Fahmi Fadzil berkata, laporan itu dibuat supaya siasatan dibuat mengikut Akta Lambang dan Nama 1950 dan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan lima laporan polis diterima berkait insiden di mana satu pempamer dalam acara di pusat beli belah Kuala Lumpur menayangkan video Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.

Beliau berkata, lima laporan itu difailkan wakil PKR dan Umno di Lembah Pantai, malam tadi, di Balai Polis Semantan.

“Setakat saya tahu, sekurang-kurangnya lima laporan telah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas hadir satu majlis di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Katanya, laporan itu difailkan supaya siasatan polis dibuat mengikut Akta Lambang dan Nama 1950 dan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

“Ini kita serahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan sekiranya pihak polis mendapati apa-apa perkara melibatkan undang-undang, kita pohon…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version