Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

5 sekeluarga maut nahas

today11 January 2025

Background


kemalangan pahang
Pemangku Pengarah Bomba Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman, berkata kenderaan dinaiki mangsa bertembung dengan MPV. (Gambar JBPM)

KUANTAN: Lima sekeluarga maut selepas kereta dinaiki bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

Pemangku Pengarah Bomba Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.15 malam dan 23 anggota dari Balai Bomba Nenasi serta Kuala Rompin digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan berlaku ketika sebuah kereta Proton Wira Aeroback dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Rompin ke Nenasi, manakala MPV Nissan Grand Livina bergerak dari Nenasi ke Rompin.

“Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki oleh lima mangsa iaitu lelaki dan wanita dewasa serta masing-masing kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Johor Southern Tigers genggam mahkota MBL 2024/25

Kuala Lumpur: Tiada siapa dapat menyekat penguasaan Johor Southern Tigers (JST) apabila mereka merangkul kejuaraan dalam final Liga Bola Keranjang Malaysia (MBL) Musim 2024/25 dengan menundukkan Penang Sunrise Youngsters dengan kemenangan bergaya 83-66 di Stadium MABA hari ini.

today11 January 2025