Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

5 staf klinik kerajaan mengaku tak salah tuntut ‘OT’ palsu

today12 September 2024

Background


KOMPLEKS-MAHKAMAH-KOTA-KINABALU-230424
Lima individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

PETALING JAYA: Dua penolong pegawai perubatan dan tiga jururawat klinik kesihatan kerajaan di Sabah minta dibicarakan atas pendakwaan membuat tuntutan palsu elaun kerja lebih masa berjumlah RM141,700.

Penolong pegawai perubatan, Junior Justin, 34, dan Aemy Melanie Elon, 33, membuat pengakuan tidak bersalah selepas dituduh secara berasingan di hadapan Hakim Jason Juga di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Turut dituduh, jururawat, Marvilta Michael Poudi, 35, Naliah Saliwat, 37, dan Azrina Abd Azis, lapor Borneo Post.

Kelima-lima tertuduh didakwa sama ada menggunakan dokumen palsu atau mengemukakan dokumen palsu atau disertakan butir matan palsu, atau kedua-duanya, di Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, di Luyang, antara 2020 dan 2021.

Aemy berdepan 14 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM44,000, manakala Junior dikenakan sembilan pertuduhan kerana menghantar tuntutan palsu berjumlah RM35,000.

Dalam pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post