Antaranya meningkatkan taraf hidup dan akses pendidikan serta kesihatan yang tidak membebankan.

PETALING JAYA: Meningkatkan ketelusan pentadbiran dengan menghapuskan ketirisan perbelanjaan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat antara lima tekad dizahirkan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan hari ini.
Gabungan parti membentuk kerajaan perpaduan turut berazam meningkatkan taraf hidup dan pendapatan rakyat dengan menyediakan pelbagai peluang serta pekerjaan dalam semua sektor.
Mereka juga komited menjamin akses pendidikan serta kesihatan yang tidak membebankan dan memacu pertumbuhan ekonomi untuk mengembalikan keyakinan pelabur.
Terakhirnya memastikan kerukunan hidup masyarakat majmuk dengan menyatukan pelbagai kaum, agama serta wilayah.
Parti membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU15…
