
KUALA LUMPUR: Presiden China Xi Jinping berharap lawatan negaranya ke Malaysia akan mengukuhkan lagi persahabatan antara kedua-dua negara, menyambut ’50 tahun keemasan’ dalam hubungan China-Malaysia.
Dalam kenyataan bertulis setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini untuk memulakan lawatan tiga harinya, Xi berkata, beliau yakin dengan usaha bersama China dan Malaysia, lawatan ini akan membuahkan hasil.
“Dengan lawatan ini, saya harap dapat memperdalam persahabatan tradisional kita, meningkatkan kepercayaan politik, memajukan kerjasama dalam pemodenan, menggalakkan pembelajaran bersama antara tamadun, dan meningkatkan tahap baharu dalam membangunkan komuniti China-Malaysia dengan masa depan bersama.
“Saya yakin dengan usaha bersama, lawatan ini akan membawa hasil yang memberangsangkan. Kita bersama akan membuka lembaran baharu…