Hot FM

52.3% populasi dewasa terima dos penggalak setakat semalam



Jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 63,838,774 dos.

KUALA LUMPUR: Seramai 12,248,506 individu dewasa atau 52.3% daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19, setakat semalam.

Secara keseluruhan, berdasarkan data di portal CovidNow, sejumlah 22,928,468 individu atau 97.9% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.1% atau 23,207,237 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,790,792 atau 88.7% telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,868,578 individu atau 91.2% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 90,406 dos diberikan semalam dengan 2,661 dos pertama; 1,716 (dos kedua) manakala 86,029 (dos penggalak), menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version