Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

5,311 mangsa banjir di 42 PPS 5 negeri

today10 December 2024

Background


Orang ramai yang melalui Jalan Bukit Sagu – Cerul terkandas selepas jalan dinaiki air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat susulan hujan lebat sejak semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 5,311 mangsa banjir ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat 4.35 petang ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia membabitkan 1,382 keluarga di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu paling ramai, iaitu 4,784 orang daripada 1,243 keluarga di 27 PPS di daerah Kemaman dan Dungun.

Ia disusuli Kelantan dengan 180 mangsa banjir daripada 42 keluarga di tiga PPS di Gua Musang, manakala Johor dengan 155 orang daripada 41 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Segamat dan Tangkak.

Di Pahang, 150 mangsa banjir daripada 42 keluarga ditempatkan di enam PPS di Maran, sementara 42 orang membabitkan 14 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Kinta serta Perak Tengah di Perak.

Sebelum ini, Jabatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post