
BUKIT MERTAJAM: Pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang ke atas 85 projek aktif yang tertakluk di bawah aktiviti Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 di negeri itu mendapati 54 daripadanya disahkan tidak mematuhi laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).
Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, dapatan itu diperoleh pihaknya hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis atau projek yang mendapat kelulusan EIA sejak awal tahun ini hingga 24 Okt lepas.
“JAS Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan wajib ke atas semua premis atau projek yang mendapat kelulusan EIA untuk memastikan semua peraturan ditetapkan dipatuhi mereka, termasuk projek berskala besar dan kuari yang ketika ini proses pembinaan di lapangan masih…