Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan berkata daripada jumlah itu hanya 27,705 pemohon sahaja layak.

PUTRAJAYA: Seramai 59,230 orang memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat semalam sejak dibuka pada 7 April, dengan hanya 27,705 sahaja daripada jumlah itu yang layak, kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan.
“Mereka yang tidak layak itu kerana umur mereka bawah 40 tahun, kerana kita dah maklumkan bahawa hanya yang berumur 40 ke atas yang layak,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Akauntan Negara (JANM).
FSA2 ialah kemudahan bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Setakat ini, dua bank mengambil bahagian dalam FSA2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional.
FSA2 melibatkan jumlah pembiayaan maksimum…