Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

6 anggota Malbatt cedera dalam serangan di Lubnan

today7 November 2024

Background


Pasukan Malbatt 850-12 berlepas ke Lubnan dari Pangkalan Udara Subang pada Rabu, ditugaskan dalam misi keamanan bawah PBB di negara itu.

PETALING JAYA: Enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) cedera dalam satu kejadian letupan berdekatan Stadium Saida di Lubnan.

Perkara itu disahkan oleh pihak tentera yang memaklumkan kejadian berlaku pada Khamis, kira-kira 1.54 tengah hari waktu Lubnan (7.54 malam waktu Malaysia) ketika anggota Malbatt 850-12 bergerak dari Beirut ke Kem Marakah.

“Letupan tersebut menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota Malbatt 850-12.

“Akibat kejadian tersebut, seramai enam orang anggota Malbatt 850 mengalami kecederaan, iaitu lima anggota Malbatt 850-12 … dan seorang lagi anggota Malbatt 850-11,” kata pihak tentera dalam kenyataan.

Anggota yang cedera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh pegawai perubatan Malbatt…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post