Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

6 calon berebut 3 jawatan naib presiden Bersatu

today4 October 2024

Background


Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu (duduk, dua dari kanan) antara pencabar bagi jawatan naib presiden.

PETALING JAYA: Enam calon akan bersaing merebut tiga jawatan naib presiden Bersatu pada pemilihan parti itu bulan depan.

Dua penyandang, iaitu Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin dalam misi mempertahankan jawatan mereka, manakala Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu akan bersaing dengan mereka.

Baki tiga calon lain ialah Timbalan Ketua Bersatu Selangor Rafiq Abdullah, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris dan Ketua Bersatu Batu Kawan Aziss Zainal Abiddin.

Timbalan Ketua Wanita Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin dinamakan ketua baharu sayap itu selepas menang tanpa bertanding.

Semalam, FMT melaporkan Rina Harun memutuskan tidak akan mempertahankan jawatan ketua Wanita Bersatu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post