
KUALA LUMPUR: Polis menahan enam individu dan merampas barangan bernilai RM113 juta dalam serbuan terhadap tujuh premis syarikat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur disyaki menjalankan kegiatan penyeludupan besi dan logam dari luar negara pada 17 Jan lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Azmi Abu Kassim, berkata enam individu ditahan terdiri dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
“Operasi dijalankan bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap syarikat yang membekalkan produk besi dan logam untuk sektor pembinaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai kesalahan dikesan termasuk kegagalan…
