
PUTRAJAYA: Enam daripada 130 pendatang tanpa izin di Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak yang melarikan diri malam semalam berjaya diberkas.
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata setakat 4 petang ini, empat tahanan telah ditahan oleh pihak berkuasa dan sedang menjalani proses verifikasi oleh Jabatan Imigresen.
“Kita teruskan usaha dengan kerjasama semua agensi keselamatan antaranya polis dan pasukan gerakan am untuk mengesan saki-baki tahanan dengan kekuatan 387 anggota,” katanya dalam sidang media.
Penahanan dua lagi disahkan oleh Ketua Polis Tapah Mohd Naim Asnawi.
Malam semalam, seramai 131 pendatang tanpa izin melarikan diri dari blok lelaki depot itu dan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya.
Daripada jumlah tahanan yang melarikan diri itu, 115 adalah etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga…
