Polis berkata sindiket itu mula aktif sejak awal tahun ini untuk edaran pasaran tempatan di seluruh Perak.

PETALING JAYA: Sindiket pemprosesan dadah didalangi dua beradik tumpas selepas polis menahan enam lelaki dan merampas dadah bernilai RM672,649.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata dua beradik itu antara enam lelaki tempatan berusia 32 hingga 57 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang, dekat Ipoh, kira-kira 3 pagi Rabu lalu.
Katanya, semua suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan, penjaga kolam ikan dan pemotong rumput itu terbabit dalam operasi premis dengan aktiviti memproses dadah.
Beliau berkata, sindiket itu mula aktif sejak awal tahun ini untuk edaran pasaran tempatan di seluruh Perak dan semua bahan kimia digunakan mereka disyaki diperoleh dari pembekal di utara Semenanjung.
“Ujian saringan awal air kencing mendapati keenam-enam suspek…
