Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

6 kawasan di Sarawak catat IPU tak sihat

today20 August 2026

Background


Enam kawasan di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Serian, Kuching, Sri Aman, Samarahan, Sarikei dan Sibu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Enam kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 7 pagi ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tidak sihat tertinggi direkodkan di Serian (183), Kuching (178), Sri Aman (172), Samarahan (162), Sarikei (152) dan Sibu (114).

Sebanyak 52 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana, manakala 10 lokasi di Semenanjung merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301-400 berbahaya, 401-500 sangat bahaya dan lebih 501 kecemasan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Eliza abaikan persaingan dengan Nadia

Shah Alam: Perenang Selangor, Eliza Tan memilih untuk tidak memikirkan persaingan dengan wakil Perak, Nadia Lim sebaliknya menumpukan perhatian kepada perlumbaannya sendiri sebelum pendekatan itu membuahkan emas dan rekod peribadi terbaik (PB) dalam acara 200 meter (m) gaya bebas wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

today20 August 2026